Membuta


Suatu hari di bulan Julai 2012

2000H
gua siap-siap.
Pakai baju biru, seluar trek, tudung dan stokin.
lepastu gua landing atas katil.
"Dora kang nak gerak kejut aku."
2030H kena baris.
====================================
2025H
"Bro bangun."
Gua pun bangun.
Cari kasut kawad gua dengan alatan kilat kasut.
letak depan pintu.
In case kalau tetiba kena bawak kasut pegi baris kang.
"wei kena bawak kasut ke?"
budak-budak ni pelik tengok gua dah packing kasut kawad.
"tak, kalau tetiba dia suruh bawak kang, senang la."
Gua pakai kasut sukan.
Kat luar, budak-budak ni dah bising suruh baris.
"Eh, cepat. baris. baris."
Kedengaran Budu memekik suruh pegi baris.
Gua tengok jiran bilik sebelah kiri gua: Budu & Wana dah siap.
Apesal jiran bilik sebelah kanan ni senyap?
Gua bukak pintu, tengok Azi dengan komando tengah membuta.
Membuta lengkap dengan tudung + pakaian sukan.
Tinggal nak pakai kasut je.
"Woi cepat wei. dah nak lapan setengah."
Azi terjaga.
Dia bangun dari katil.
ok dia dah sedar.
Gua pun belah pegi baris.
========================================
2030H
"Kau dah cukup orang ke belum ni kadet?"
YO bertanya.
"Belum tuan!"
Masing-masing mengira.
"Wei buddy buddy. tengok la rumate sape yang takde."
Kedengaran satu suara di dalam baris memberi arahan.
Gua cari dora.
ahh, dora ada di hujung sana.
buddy gua ada.
"Kau ni nak suruh baris pun lembap la kadet! Press support position down! hah 20!"
puas ktorang fikir.
mana short nya lagi 2 orang ni.
"down!"
"SATU!"
"down"
"DUA!"
.
.
.
"down"
"DUA PULUH!"
 "eh cepatlah kira mana kawan kau lagi yang tak masuk baris ni!"
YO memberi arahan.
 "Skuad jump change! 30 yang terbaik"
YO memberi arahan.
dalam banyak-banyak eksesais, skuad jump ni gua paling tak gemar.
boleh kasi kaki cramp.
dah la kena buat 30 kali.
takpe. 
gua tabahkan hati.
tapi dalam hati gua...
"celaka betul la sapa yanglembap sangat masuk baris ni! ^&%^$$#%##!!!"
berbakul-bakul gua maki.
"PKW (Pegawai Kadet Wanita) semua cukup!"
zati bersuara di dalam baris dengan konfidennya.
ini semua mesti nak salahkan lelaki lambat turun baris.
hahhahaha.
"fg skuad kau dah cukup ke belum ni?"
YO bertanyakan kepada ketua kami.
 "dah tuan!"
fg buat ayat cover.
padahal short lagi 2 orang.
"dah aku nak korang balik bilik ambil kasut kawad masing-masing. aku bagi masa 5 minit je."
lalu semua kadet senior pada waktu itu lari bertempiaran balik ke bilik.
nasib baik gua dah letak kasut dekat luar siap-siap.
bila gua sampai je bilik, gua nampak bilik azi dgn komando terbuka.
gua pegi bilik mereka.
gua nampak mereka masih lagi membuta di atas kati.
"woi sial la! kau membuta lagi. orang dah kena press support dengan skud jump sebab korang la."
azi dan komando bangun dari tido dengan keadaan terpinga-pinga.
"dah-dah. cepat ambil kasut kawad, baris balik."
lalu kami berbaris semula bersama dengan kasut masing-masing.
dalam baris gua sempat lagi sound + gelak-gelak dengan komando.
"aku dah kejut korang tadi. azi dah bangun dah."
"tak aku tak dengar pun."
komando buat muka tak bersalah macam mintak penampar 30 kali.
kaki gua dah nak cramp buat skuad jump 30 kali tadi, dia boleh membuta.
"weh sial la. aku dah kejut. tak pasal-pasal kena press support dengan skuad jump tadi."
lepastu gua dengan komando gelak senyap-senyap dalam baris tu.
kitorang gelak sebab teringat macam mana kelam-kabut nya dorang bila bangun tido tadi.
bagun je tido, kena maki dengan gua pulak tu.
kahkahkah.
sampai sekarang tuan YO tak tau yang short dalam baris tu azi dengan komando.



The Night Of Tauliah



Dedicated to the officers who survived in The Night Of Tauliah.

Our Pride.

Our Glory.

 


YO Airforce



assalammualaikum dan salam sejahtera.
hah.
gua ada cerita baik punya mahu dibelogkan.
cerita dekat tempat kerja gua.
macam ni.
selalu, kalau gua nak pegi tandas/surau, msti gua nampak akak tu.
dah slalu nampak gua pun selalu la senyum dekat dia.
dia pun senyum dekat gua balik.
ade la dekat 3 bulan gua ulang alik senyum dekat akak tu.
lepas tu tadi.
kebetulan dalam surau tu ade gua dengan akak tu aje.
lepas solat, gua tengah mekap-mekap dia tanya.
"Nama sape ehh?"
gua pun kasi la tau nama gua.
lepastu ktorang bertukar-tukar nama.
cerita la sikit-sikit.
bahagian mana?
dah lama kerja ke?
lepastu gua kate la gua ni budak praktikal.
dia kata dia pun belum grad lagi.
tapi dah habis belajar.
ohh.
gua tanya la.
Gua: "U mane ehh?"
"UUM."
Gua: "UUM? ehh, saya nak pegi UUM lagi 2 minggu."
"Eh? PALAPES ehh?"
Gua: "ak ah. mane tau? PALAPES jugak ke?"
Akak: "ak ah. dah habis dah pun. dah jadi YO."
Gua: "ehh? alamak! kena panggil Puan la ni?"
lepastu kitorang gelak-gelak.
tapi gua cuak juga.
kalau tiba-tiba dia kasi press support position down dalam surau tu.
hehe. 
kidding.
Gua: "kira batch yang tauliah dekat UTHM tu ehh?"
Akak: "ak ah. pegi ke mase tu?"
Gua: "pegi. tolong fitik."
Akak: "army ye?"
Gua: "ak ah. Darat. Puan?"
Akak: "ohh saye Air Force."
WOW!
Gua: "wah aiforce! susah tak training? ada rase terjun-terjun pakai parachute tak?"
Akak: "training biasa je. hahahahah. tkdela terjun-terjun ni. sekadar pegi lawatan je. kalau ikut training, navy lagi susah."
Gua: "ak ah. betul-betul. navy punye ktorang pun cuak. ktorang tgah baris, dorang dah start lari-lari. mantap."
Akak: "yela. awal-awal pagi lagi dorang dah start lari."
lepas dah siap-siap, ktorang pun blah.
rupanya yang selalu gua senyum-senyum tu YO airforce.





Allah Selamatkan.....



Suatu hari di bulan Februari, 2012 1445H.

"Wey lepak dekat bilik kuliah. panas la duduk sini."
gua dengan skuad gua gerak pegi bilik kuliah yang nyaman dan ber aircond.
panas yang tersangat terik. 
bahang duduk luar ni.
lepas bukak air cond, masing-masing cari port nak mengular.
ade yang ambil port belakang sekali, terlindung dengan kerusi.
mereka landing atas lantai, tidur.
gua cari spot paling banyak kena aircond, letak kepala atas meja, zzzzzzzz.
ade yang taknak tidur, berkumpul dekat depan, menghadap laptop.
tengok movie. 
siap tutup lampu lagi.
mana la tak syok tido+tengok movie.
dorang tonton cerita lama.
3 Abdul.
gua pun lelap.
bukan senang nak tido time training ni.
lagi-lagi di tempat yang nyaman ber aircond begini.
dora duduk selang 3 @ 4 kerusi dari gua.
lepastu masing-masing lelap.
tak ingat apedah.
------------------
"bro. bangunlah."
tetbe gua terbangun dengar suara dora kejut.
apesal?
ahh, kacau.
tapi mata gua dah bukak, tak boleh tutup dah.
lepastu gua borak blah blah blah dengan die.
suasana dalam bilik kuliah tu dah jadi macam panggung.
gelap+aircond+movie.
laptop di depan masih lagi memainkan cerita 3 Abdul.
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu"
gua dengar mereka sedang menyanyikan lagu hari jadi untuk Ismid Ulam Raja.
"Allah selamatkan....."
*Kreuk*
Bunyi pintu bilik kuliah dibuka.
"Woi kadet! kau buat ape dalam ni ha?"
"Korang dah nak masuk medan dah ni."
"Tak elok duduk kat tempat sejuk-sejuk macam ni."
"Aku kire sampai 5 je,semua dah berbaris dkat luar dengan topi nato tu."
Terjahan yang tidak disangka.
Tekejut.
Nasib baik gua dah bangun tido.
gua dengan skuad gua kelam kabut cari topi nato masing-masing.
Yang tido kat lantai belakang tu, serta-merta bangun.
dengan mata merah-merah mereka cari topi masing-masing.
gua cari topi nato gua.
ade label Medic.
kelam-kabut berbaris dekat luar.
ahhh, panas terik gua cakap sama lu.
Panas pukul 3 punya.
bertuah punya cerita 3 Abdul.
betul-betul lepas lagu Allah selamatkan kamu, Tuan masuk.
ade sorang skuad gua ni takde topi nato.
sebab dia tak ikut masuk medan nanti.
lepastu Tuan tanya la dia.
Tuan: "topi kau mana?"
Kadet: "saya tak ikut masuk medan tuan. sebab tu saya takde topi nato."
Tuan: " Kau nampak helmet dekat belakang tu, kau pakai helmet tu."
lepas je skuad gua yang sorang tu pakai helmet moto, gua punye perut rase nak pecah.
Gua tak tahan tengok.
Panggung kepala.
Pandang jalan tar ni.
tahan gelak.
mana tak nye.
semua pakai helmet hijau nato, die sorang pelik pakai helmet moto.
warna putih pulak tu.
Tuan panggil dia datang depan.
Lepastu buat demo rusuhan dekat depan.
sebab helmet die ade Visor.
Konon-konon die jadi FRU la.
Dia buat demo halang rusuhan dekat depan.
Siries mase tu perut gua nak meletup.
Gua kena tabah.
tak boleh gelak mahupun senyum.
sebab gua baris depan sekali.
betul-betul depan Tuan.
Kalau gua gelak, tak pasal-pasal gua yang kene tukar pakai helmet moto tu kang.
lepastu kami satu skuad berlari keliling markas tu dengan topi nato.
tak lupa jugak skuad gua yang pakai helmet moto tu.
tengah berlari, ade Cik tegur:
"tu apesal berlari pakai helmet moto?"
"takde topi nato cik!"  skuad gua jawab.
sakit perut gua tahan gelak mase berlari.
lepas berlari, kami berbaris depan Tuan.
"aku nak kau orang baring."
"pejam mata."
bayangkan, tadi gua sedap tido dalam air cond yang nyaman.
Siap tengok cerita 3 Abdul lagi
sekarang kami kena baring tengah panas.
dengan topi nato yang berat dan keras ni.
ade gaya tengah berjemur macam mat salleh selalu buat kat pantai tu.
Panas terik, bahang dekat muka gua.
dengan topi besi yang berat dan keras ni lagi.
&**^^%&%^$#@!@#@!!!!
"Korang ni dah nak masuk medan."
"Nanti nak masuk medan lagi la panas."
"Kau nak gali kubu lagi tngah-tengah panas tu nanti."
"takde tempat berteduh tau tak."
ahh terima ajelah apepun.
time-time ktorang berjemur, tetiba mndung sikit.
sebab matahari lalu disebalik awan.
"Woi! sape bomoh hujan kat sini?"
"Ape yang kau doa sampai mendung macam ni?"
Tuan tanya sebab lepas 5 minit berbaring, tetibe mendung sedikit.
Dalam hati masing-masing, syukur yang tak terucap.
sebab mendung.
walaupun tak sampai 2 minit mendung tu, tapi kami bersyukur.
Baring dalam keadaan senyum sebab mendung.
Cuaca menjadi panas terik kembali.
Matahari dah tak lalu lagi disebalik awan .
Lepastu Tuan suruh bangun.
Kami berlari beberapa pusingan lagi.
Lepas berlari, kami berbaris depan Tuan.
"Bro."
Puan panggil gua.
Gua pun kluar baris.
"Ye Puan."
"Kau pegi tengok meknor dalam surau tu. bagi dia air. Aku taknak dia masuk medan demam-demam."
Gua pun blah pegi tengok meknor dalam surau. 
Tinggal skuad gua yang masih lagi berbaris depan Tuan.



 
 

Cari Duit. Henset Gua Mane?


Tgh hari sabtu gua dapat panggilan.
Suruh turun markas.
Ade job.
Ahh, kebetulan pula akaun gua tnggal RM 50.
Sumber rezeki.
Gua datang-datang je ade akak tu datang komplen.
"Dik Air ni panas sgt la. tak boleh minum."
Ahh, gua dah la baru sampai, penat jalan kaki.
Penat tak habis lagi akak tu dah sembur gua pasal air panas hapelah.
Ahh. 
Lepass tu bnyk lagi la kerenah diorang ni.
Sampai tak larat gua nak taip.
Petang tu, stap gua bagi RM 10 utk hari ni.
Alhamdulillah. 
10 pun 10 la.
Daripada takde.
==============
Malam tu.
Setting water point.
Untuk minum malam diorang.
Kitorang pergi ofis.
Tengok bola dengan stap-stap sumer.
Sorak- sorak la tgok bola dengan stap sumer.
Bahan meknor lagi.
Maki-maki team yang tak reti main ni.
Gelak tgok meknor exited bola nak gol.
Padahal tak gol.
=========================
Malam lepastu ada nightwalk.
Gua tunggu kat checkpoint last.
lepastu kitorang pau hamper yang stap dapat tu.
Dalam pukul 2 pagi gua balik bilek.
Gua balik tumpang Waja stap Zulaikha.
Ya Teng pesan suruh grak pkul 7 pagi.
Gua lelap dlm pukul 3 pagi.
===============================
Tau-tau, gua dgr bunyi tepon.
Meknor.
Gua angkat.
"Woi, bgun la. cepat g markas. 5 minit."
Gua letak tepon, gua tengok jam 0810.
Ade 15 miskol.
whoa.
1st time dalam hidup gua ade 15 miskol.
Sumpah gua tak sedar.
dalam 0830H gua gerak pegi markas.
Gua sampai, budak-budak tu belum sarapan lagi. 
Kata semalam nak sarapan jam 0730H.
Chet.
Meehon goreng tu nampak mcm menyelerakan.
Gua bedal meehon goreng
Lapaar.
Lepastu kerja macam biasa la.
Basuh pinggan.
Layan Kerenah.
Hantar minum pagi dekat Pusat Kesihatan
Ambil lauk dekat area Sri Putri sana.
Setting meja makan.
Basuh pinggan lagi. 
Keluar pegi Taman U beli barang.
Penat woo kerja.
Tapi sebab gua takde duit dah.
Takkan nak mintak dekat babah dengan umi lagi?
Tu yang gua pegi kerja cari duit.
Petang tu.
Stap bagi lagi RM 10.
Skrg total 2 hari gua kerja dapat RM 10.
Kitorang igt dah siap keje settlekan water point tu dah boleh balik.
Lepstu Cik dgn Stap suruh kemas life jacket tu.
Diorang nak keluar kejap.
Dorang pesan, jangan balik dulu lepas kerja siap.
Lepas siap kerja, ktorang leapak dekat ofis.
Tengok TV.
Gua baring dekat sofa tu sbb takde orang.
Gua letak henset gua atas meja.
Kacau gua nak landing tgk cter kat HBO ni.
Dlm pkul 6 Cik dgn stap balik.
Cik bawak rambutan dgn mangga.
Ktorg pun buat pesta buah la depan stor peringkat tu.
Lepastu dah nak balik, Cik suruh ktorg buat kawad selaku terima gaji.
Ahh sudah.
Gua menyorok dalam stor peringkat tu.
Cik hulur sorang 10 kat ktorang.
Alhamdulillah.
Rezeki lagi.
So, total gua dapat mase kerja 2 hari ni = RM 30.
Alhamdulillah.
2 hari pun duit tak keluar.
Makan dekat markas.
Jimat duit.
Gua belajar, payahnye nak cari duit.
===============================
Lepas Magrib, gua dah siap mandi, sidai baju sume.
Gua cari henset gua.
aik?
Takde.
Gua pegi bilik Cik Yam.
Pinjam Cik Yam kejap.
Gua kol henset tapi tak dengar pun bunyi dalam bilik ni?
Ahh, sah tunggal kat atas meja depan TV tu.
Kebetulan gua keluar nka pnjam moto gua nampak Sarjan Budu.
Gua mintak dia temankan gua turun markas ambil henset gua.
Sampai je markas gua nampak stap.
Gua tanye stap.
Stap buat muka sirius.
Gua dah cuak.
Dia tnye data teknik henset tu.
Gua pun kasi jawapan yag betul dan tepat.
Lepastu satp panggil Duty Officer,kasi henset gua.
Dia igt henset tu Duty Officer punya.
Sbb Duty Officer punya henset sama dengan gua.
Lepas cakapt tenkiu kat stap & Duty Officer, ktorg blah.
The End.

*Bukan senang nak cari duit ni*

Senyum


Semalam.
balik kerja dalam pukul 17:14.
Gua menapak pegi bus stop.
Tunggu bas mcm bese la.
Skali ade breader ni lalu depan bus stop.
naik moto.
dia tgok gua dengan muka sirius bwk moto.
Dia igt dia sorang je boleh buat muka sirius. 
Gua pun balas muka serius jugak 
Muka sirius lepas balik kerja
Lepastu,
die snyum kat gua.
Eh?
Dengan keadaan cuak + terkejut + tergamam (sbb brader tu tetibe senyum)
Gua kasi poker face dekat brader tu.
Heehh.
3 saat lepas moto tu blah.
1saat.
2 saat.
3 saat.
Baru gua terigat.
Itu Tuan!
Senior palap gua dulu.
Eh?
Skali imbas pun dia igt gua?
Ahh.
Menyesal gua kasi poker face.
Kalau tidak, gua kasi senyuman paling manis sekali.
Senyuman manis yang boleh kasi orang diabetes.
haha!
On da way balik, dalam bas.
Gua punya menyesal tak sudah.
Sampai sekarang.
Masa gua menaip cerita ni pun.
Menyesal gua tak sudah lagi.
ahhh.


Hurt Me - Dalmatian


Gua tak kenal sape Dalmatian ni.
Sampai la gua terbace cebisan lirik dorg ni kat tumblr smlam.
"I wanna replay my life without me knowing who you are".
Lepatu gua terus cari lagu tu.
dengar lagu tu, skali dgn eng translation.
lagu dia gua kate sama lu, sedap. 
lepastu lirik dia.
ahh shoot.
kena.

I clear my head and look at myself
In the mirrow and tighten my fist more
Now i don’t like this either and
I erase all the memories in my head
Pride ain’t the thing, gave up that dream,
What more can i do to keep you my queen
Should i fix up my face? Should i kneel down?
A waste of my time
Cause every step i take you fade away
I’m scared but girl i’m okay
It seems like you’re just testing me
But i’ll just close my eyes to it, don’t go
Did you date me with a true heart? Oh no
Why did you pretend to be my lover?
You know and i know and thats why i go
I’ll leave and i’ll never come back yeah
U hurt me, i’ll let go of my memories
U hurt me, though i gave yo my everything
U make me so bad u make me
So mad u hurt me i never wanna be in love
U hurt me, i’ll fly away my memories
U hurt me, i’ll smile in front of you
U make me so bad u make
So mad u hurt me that’s why
I’m gonna live without you
Live without you yeah yeah
I dreamed of romeo and juliet
But i’ll rewind to my life before you
I wanna replay my life without
Me knowing who you are
It was you, who made my heart so miserable
It was you, who stopped the laughter in my heart
I loved you forever but now i will never
Never again, never again
Cause every step i take you fade away
I’m scared but girl i’m okay
It seems like you’re just testing me
But i’ll just close my eyes to it, don’t go
Did you date me with a true heart? Oh no
Why did you pretend to be my lover?
You know and i know and thats why i go
I’ll leave and i’ll never come back yeah
U hurt me, i’ll let go of my memories
U hurt me, though i gave yo my everything
U make me so bad u make me
So mad u hurt me i never wanna be in love
U hurt me, i’ll fly away my memories
U hurt me, i’ll smile in front of you
U make me so bad u make
So mad u hurt me that’s why
I’m gonna live without you
As i sleep every day, in my dreams,
I’m getting you back
All the laughters and tears were all lies, it was a lie
I don’t know what else is left of me
All these scars and pain are
What’s left of me
So i guess this the end of me
I need myself to smile
Come to think about it i’m glad as
To who i am now i’m back
U hurt me, i’ll let go of my memories
U hurt me, though i gave yo my everything
U make me so bad u make me
So mad u hurt me i never wanna be in love
U hurt me, i’ll fly away my memories
U hurt me, i’ll smile in front of you
U make me so bad u make
So mad u hurt me that’s why
I’m gonna live without you


kalau lu nak dgr lagu ni, lu boleh kelik sini.
lepas gua dgr lagu ni, gua terus download full mini album dorg.
tak rugi.
lagu semua sedap.
semua kena dgn selera gua.
mase kemas bilik, gua pasang lagu dorg kuat-kuat.
sedap dan awesome.

*credits for translation: http://www.kpoplyrics.net