Baju Kurung. Sprint 100m.




Story ni fresh lagi.
Gua punye penat & peluh jalan kaki pun tak hilang lagi.
Cerita begini.
Kalau nak masuk pintu depan kat tempat keje gua ni, kene slide kad pekerja dulu.
Baru pintu itu akan dibuka.
Disebabkan gua takde kad pekerja, gua kene tunggu belas ihsan mane-mane pekerja yang masuk ikut pintu tu.
Yang gua tak gemar ni, kalau takde pekerja yang masuk ikut pintu tu time gua nak masuk, gua kene tawaf 1 bangunan, masuk ikut pintu belakang.
Cerita tadi pulak begini.
Dari tangga bawah tu gua dah nampak dah ade akak tu bukak pintu kaca tu.
Dengan berbaju kurung, gua langkah anak tangga tu besar-besar, sprint 100m punye, target nak tarik pintu kaca yang lagi sikiiittt nak tutup tu.
Gua cakap sama lu, memang sipiiiiiii aje pintu kace tu nak tutup mase gua tgh sprint 100m tu. 
Gua pegang je pemegang pintu tu, pintu tu dah melekat dekat lock tu.
"ahhh, shiiiitttt" gua bermonolog dalam hati.
tapi yag terkeluar dekat mulut "ahhhhhhh!!"
lepastu gua pusing la nak pegi pintu belakang.
Rupenye ade brader hensem tengah main laptop dekat bench tepi sudut yg memang gua tak perasan mase sprint tadi.
Dari riak muke die, gua boleh bace yang dia fikir: pergh, minah ni sprint 100m pkai baju kurung!
dah la gua menjerit depan pintu kaca tadi.
Nasib baik yang terkeluar dari mulut tadi "ahhhhhhh", bukan "ahhhh, shiiitt!"
kalau shit yang terkeluar dari mulut gua tadi, habis jatuh saham gua.
Memang chantek permandangan kalau perempuan pakai baju kurung lepastu menjerit shit dekat tempat awam.
Manners beb.
Manners.
Lepastu gua blah, gua lalu depan brader tu.
Lepas tu die boleh gelakkan kan gua.
Aish, nasib baik gua pakai baju kurng.
Kalau tak memang flying kick seround la.
sambil gelak, dia cakap "haha, tak sempat ehh?"
Memang la tak sempat, kalau tak takde la gua kene lalu depan lu nak pegi tawaf 1 bangunan ni.
sambil cover-cover gua pun balas "haha, tak sempat."
Lepas tu gua blah cecepat sebab gua malu brader tu tengok gua pecut 100m pakai baju kurung.

65 sen

Jumaat, 20 April 2012

1753H
"Kak, tiket pegi KL skrg ade?"
"Ade. Rm 31.20. Adik tunggu kat depan tu ye. bas A-Class warna merah. Ni no plate die. Kejap lagi bas sampai." die punye cakap mcm lg 5 min bas nak sampai.
"Kalau saya nak pegi kedai kejap sempat tak kak?"
"Kedai mana? dekat-dekat sini sempat kot." yela tu, bas dah nak sampai. gua tak saba nak balik.
"Okey kak, terime kasih."
dengan sepantas kilat, gua beli stok makanan yang dirasakan perlu.


1803H
duduk dekat bench.
Ade sorang mamat cine ni lalu.
Rambut die dye kaler blonde.
Muke mcm L (Myungsoo) Infinite.
Sumpah same gua cakap sama lu. 
Usha, punye usha playlist ni main lagu Fantastic Baby - Big Bang.
Memang Fantastic Baby sambil tengok doppelganger L.


1830H
Memang seronok tengok doppelganger L.
Tapi gua nak balik.
Apesal bas tak sampai lagi?
Gua pegi jumpe akak tu.
"Ye dik, kejap lagi bas sampai"


1847H
Tunggu punya tunggu baru la bas sampai.
Kalau ikut calculation trip 2250H baru sampai KL.
Gua naik bas.
Seronok sebab bas mewah.
Seat dia okay, luas pun luas.


0800H
Bertolak dari kawasan rehat Air Hitam.
Baru gua perasan, yang bas ni lembap!
Nampak je mewah, tapi bergerak seperti siput.
Cis, kalau macam ni, pukul berapa gua nak sampai KL?
Train last 2300H.


2310H
Sampai TBS.
Gua tak fikir ape, rushing pegi kejar train.
mintak-mintak la ade lagi train.
Time nak beli tiket gua tengok kaunter dah tutup.
Mesin tiket bukak lagi. 
Ahh masih ada peluang lagi.
Harga tiket dari TBS - Masjid Jamek = RM 1.70
Gua bukak dompet, nampak ade duet kertas RM 50 sekeping, RM 10 sekeping dan RM 1 sekeping.
Ahh sudah!
Nak pegi pecah duet kaunter dah tutup.
Gua raba kocek.
Yes ade syiling!
Gua keluarkan, kira berapa semua.
Total ada 65 sen.
Gua ulang: 65 sen.
Mane nak cekau lagi 5 sen?
aiseh!
sebelah ni mat salleh.
takkan la die ade syiling.
damn.
kalau train datang kang macam mana?
Tetibe, bro kaunter yg hensem datang, tolong setelkan masalah mat salleh tu.
Gua tak perasan pun mat salleh tu ade masalah sbb gua sibuk fikir mane nak cekau lagi 5 sen.
Lepas bro hensem tu setelkan masalah mat salleh tu, die tnye gua.
"Ok tak?"
Gua dengan muka toya + kelam kabut jawab "tak, tak cukup lagi 5 sen."
Lepastu die raba kocek die, terus masukkan 10 sen dalam mesin tu.
Dengan rushingnya, gua berterima kasih dengan bro tu.
Lepastu gua blah cecepat, sbb malu + nak kejar last train.




Konklusi: bukan dalam filem sahaja duit tetibe tak cukup lg 5 sen utk kejar last train. Lepastu tetibe ade penyelamat yg hensem tolong bayarkan 10 sen utk beli tiket last train tu. Di dalam realiti pun boleh berlaku.

Jawab Telefon


Mana yang korang prefer?

Senario 1:
"Selamat Pagi Cik. Maaf kerana mengganggu cik pagi ni. Saya nak tanya. Saya log in dalam sistem ni, tapi takdapat masuk. boleh saya tanya kenapa ya?"


Senario 2:
"Hello. ni saya nak tanya ni. kenapa saya takdapat masuk dalam sistem eh?"

Konklusi: Budi bahasa itu penting. Sejuk hati bila jawab telefon kalau dapat pemanggil senario 1. Pagi-pagi dah kasi aku senyum. ;)

Drama





Sudah ditonton:






    Stairway To heaven    
    My Girl
    Playfull Kiss
    Protect The Boss

  1. Boys Over Flower
     
Personal Taste

IRIS
Athena: Goddess of War
Flower Boy Ramyun Shop
Scent of a Woman

Fugitive:Plan B
Full House
Oh My Lady
Coffee Prince
My Fair Lady
Secret Garden
Dream High
Dream High 2
You Are Beautiful
Spy Myung Wol
Marry me Marry!

My Girlfriend is Guminho
Sungkyunkwan Scandal
     



Sedang ditonton:

The Moon That Embraces The Sun
Me Too Flower
City Hunter
King 2 Hearts
Rooftop Prince

Panggilan Markas


Breeep, breep.
Henset tu bergerak-gerak mintak diangkat.
012*******
Ehh? Nombor tak kenal ni.
Ehem, ehem.

"Hello?"
"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nur, Nurul Aatieqa?"
"Ya, saya bercakap."
"Cik Nurul, Nur Aatieqa berada di mana sekarang?"

rase macam nak sound je sbb die salah sebut name gua. 

"Saya ada kat UTM Skudai."
"Tengah belajar ke?"
"Tak, tengah kerja."

Gua dah cuak.

Sape pulak la yang cari gua ni?
Gua ade menang hadiah ke?
PTPTN kol ke? (sbb pagi tu baru kol ptptn)
HEMA, Bendahari UTM ke? (sbb gua tak bayar yuran lagi, ptptn lambat masuk)
Suara pun jadi sirius.

"Cik Aatieqa boleh datang ke markas PALAPES UTM skrg?"
ehh, markas? erk..?
"Stap! la... hahahaahahah! igtkan sape td. nape stap?"
blah
blah
.
.
.
.
.
blah
blah
stap/staf = jurulatih palapes
nasib baik gau tak sound sbb die salah sebut name gua time tu.
kalau tidak, komfem semua kadet senior kene rendam Pulau Bongek lepas fitting baju mnggu depan.
pheeeew, selamat.

Pedih

 

"Kau pergi LI la bro. Takpayah datang sini!"

 

Pedih untuk aku telan kata-kata itu.
Manusia yang tak reti menghargai. 
Tak layak digelar kawan.

3

Masalah.
Ini semua dugaanNya.
Nak mengadu pada siapa? PadaNya sahaja hambaNya yang lemah ini mampu mengadu. 
Kerja dekat ofis ni terbengkalai.
Tak boleh nak fokus.
Sebab fikir masalah itu.
Sedangkan, tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Beberapa bulan sahaja lagi sebelum mendapat gelaran .........
Takkan lpas 3 tahun nak give up macam tu aje?
Bermonolog dalam hati "Sikit lagi, lagi 3 bulan. boleh, boleh buat."
Menangis dalam hati bila mereka berkata begitu.
Menagis lagi bila membaca coretan-coretan mereka.
3 tahun bersama.
3 bulan lagi sebelum bergelar........