Baju Kurung. Sprint 100m.




Story ni fresh lagi.
Gua punye penat & peluh jalan kaki pun tak hilang lagi.
Cerita begini.
Kalau nak masuk pintu depan kat tempat keje gua ni, kene slide kad pekerja dulu.
Baru pintu itu akan dibuka.
Disebabkan gua takde kad pekerja, gua kene tunggu belas ihsan mane-mane pekerja yang masuk ikut pintu tu.
Yang gua tak gemar ni, kalau takde pekerja yang masuk ikut pintu tu time gua nak masuk, gua kene tawaf 1 bangunan, masuk ikut pintu belakang.
Cerita tadi pulak begini.
Dari tangga bawah tu gua dah nampak dah ade akak tu bukak pintu kaca tu.
Dengan berbaju kurung, gua langkah anak tangga tu besar-besar, sprint 100m punye, target nak tarik pintu kaca yang lagi sikiiittt nak tutup tu.
Gua cakap sama lu, memang sipiiiiiii aje pintu kace tu nak tutup mase gua tgh sprint 100m tu. 
Gua pegang je pemegang pintu tu, pintu tu dah melekat dekat lock tu.
"ahhh, shiiiitttt" gua bermonolog dalam hati.
tapi yag terkeluar dekat mulut "ahhhhhhh!!"
lepastu gua pusing la nak pegi pintu belakang.
Rupenye ade brader hensem tengah main laptop dekat bench tepi sudut yg memang gua tak perasan mase sprint tadi.
Dari riak muke die, gua boleh bace yang dia fikir: pergh, minah ni sprint 100m pkai baju kurung!
dah la gua menjerit depan pintu kaca tadi.
Nasib baik yang terkeluar dari mulut tadi "ahhhhhhh", bukan "ahhhh, shiiitt!"
kalau shit yang terkeluar dari mulut gua tadi, habis jatuh saham gua.
Memang chantek permandangan kalau perempuan pakai baju kurung lepastu menjerit shit dekat tempat awam.
Manners beb.
Manners.
Lepastu gua blah, gua lalu depan brader tu.
Lepas tu die boleh gelakkan kan gua.
Aish, nasib baik gua pakai baju kurng.
Kalau tak memang flying kick seround la.
sambil gelak, dia cakap "haha, tak sempat ehh?"
Memang la tak sempat, kalau tak takde la gua kene lalu depan lu nak pegi tawaf 1 bangunan ni.
sambil cover-cover gua pun balas "haha, tak sempat."
Lepas tu gua blah cecepat sebab gua malu brader tu tengok gua pecut 100m pakai baju kurung.

0 Response to "Baju Kurung. Sprint 100m."

Post a Comment