Selamat Hari Jadi Mak!


Ahad, 13 Mei 2012.

22:47

"bro, jap lagi 2315 roger bilek aku. nak prank birthday mak esok" - msg Maryam

"nak prank mak mlm ni.. esk besday dia.. kul 11:15.. marilah sme2 memeriahkan majlis.. psanan jgn pakai bju cntik2.." - msg Mai

23:10
ahh, nak pakai baju ape ni?
gua ade ke baju yang tak cun?
ahh, bantai je la baju kelawar utm ni.
sarung treksuit, pakai slipar.
destinasi: bilik cik yam.
gua bukak je pintu, cik yam tgh surf internet.
lepas tu die cakap: "wey bilik aku takde air ni. kang kotor kang macam mane?"
"ek eleh, tadah la air. bilik aku pun takde air. dah jom!"
gua pun gerak.
lalu depan bilik haras gua pekik "hooii"


23:15
Gua nampak zati, meknor dgn mai tgh alih moto.
meknor dengan kain batiknye, tgh bertungkus lumus angkat motor.
gua pun bergegas menolong mereka mengangkat moto-moto tersebut.
almaklumlah, ktorg tanak la moto-moto tu jadi mngse simbahan ramuan yang dorg dah buat.
minah-minah yg tgh beli air kat Dr Sukida tu gelak-gelak je tgk ktorg berpeluh-peluh angkat moto.
Mstila minah-minah tu gelak. 
Yang tukang angkat moto siap dengan berkain batik bagai.


23:27
Budak-budak ni dah siap keluar.
Mai pun dah bawak tupperware nak agih-agih solution yang dorg dah gaul tadi.
Zati panjat bilik menyidai tu.
menyusup masuk bilik syukriah, ambil solution dalam baldi.
Gua sambut baldi solution tu letak kat tepi.
Kitorg start bahagi-bahagi.
---------------------------
Dah siap bahagi-bahagi.
Sekarang plan macam mane nak attack.
Gua plan, satu team dekat wing kiri, satu team lagi dekat wing kanan.
Mangse keluar aje, kite serang kiri kanan.
Agak kecoh jugak la masa tgh setting team.
Yang taknak kotor la.
Bermacam ragam la hai. 
"Okey scha kau duduk wing kiri, kalau korg dah attack, jerit bagi signal"- gua jadi Sarjan
Zati jadi Ketua Platun.
Mai, selaku semboyan msg/kol kawan die suruh kawan die trick mak pegi kat tmpat moto mak.
konon-konon kawan die tu nak pinjam moto mak.
Maka wing kiri bergerak mengambil posisi masing-masing


23:32
Gua and the geng dekat wing kanan dengar sorakan dan nyanyian.
Dah berpeluh-peluh ni.
"Selamat Hari jadi.. selamat hari jadi blah blah...."
Gua and the geng dgr signal.
ahah! ini masanya.
Zati bergerak depan skali, gua follow blakang.
"move, move" - sarjan berteriak.
sampai je dekat wing kiri...
"SSSHHHH, BELUM LAGI, BELUM LAGI!!!" 
geng wing kanan tgh mencangkug smbil pgg tupperware yang masih berisi solution, sound ketua platun dgn sarjan, sruh patah balik.
Gua dgn zati patah balik. 
pegi dekat mai, syima, yam sumer tu.
Salah signal rupanya.
Padan la gua pelik. 
Apesal macam meriah sgt yg nyanyi lagu birthday tu.
padahal ade 3-4 org je ktorg hntar dekat wing kiri.
Itu birthday party budak lain.
Kahkahkahakah!!
Nak pecah perut tahan ketawa sebab salah sambut birthday.
Yam ke Syima?
Gua tak igt.
Suruh Ketua Platun dgn Sarjan side roll kat depan tu sbb salah attack.
Nasib baik tak kantoi.
Siot.


Pelan Kejadian (klik pada gambar untuk lihat dgn lebih jelas)


23:52
Mangsa keluar.
Mak berlari dengan lajunya.
Gua dgn Zati pegi simbah mak.
tapi dapat sipiii je.
Yang jadi mangsa, floor bebudak inter.
Mak lari sampai keluar jalan besar nak pegi balai cerap.
Ya teng je la lepas keluar pagar kejar mak.
Last-last mak dah penat.
Dia masuk dalam balik.
Kitorg kejar dia balik kat blok tu.
Gua bukak selipar.
Lari kejar mak.
Ktorang simbah dia!
Hamek kau!
Lepas simbah, bebudak ni, dengan gua2 skali, lari lintang pukang masuk bilik kunci pintu.
Lepastu gua dgr ade orang lari-lari depan floor gua.
Mak pulas-pulas tombol pintu bilik gua, kasi gua cuak.
Gua diam-diam dalam bilik, tutup lampu.
Ade orang jerit "yam, bukak pintu yam. bukak pintu ni!"
Lepastu, gua taktau ape jadi.
Esok gua bukak pesbuk.
Gua baca depan bilik meknor/zati habis kena tabur dgn tepung.
Gua?
Selamat.

0 Response to "Selamat Hari Jadi Mak!"

Post a Comment