Allah Selamatkan.....



Suatu hari di bulan Februari, 2012 1445H.

"Wey lepak dekat bilik kuliah. panas la duduk sini."
gua dengan skuad gua gerak pegi bilik kuliah yang nyaman dan ber aircond.
panas yang tersangat terik. 
bahang duduk luar ni.
lepas bukak air cond, masing-masing cari port nak mengular.
ade yang ambil port belakang sekali, terlindung dengan kerusi.
mereka landing atas lantai, tidur.
gua cari spot paling banyak kena aircond, letak kepala atas meja, zzzzzzzz.
ade yang taknak tidur, berkumpul dekat depan, menghadap laptop.
tengok movie. 
siap tutup lampu lagi.
mana la tak syok tido+tengok movie.
dorang tonton cerita lama.
3 Abdul.
gua pun lelap.
bukan senang nak tido time training ni.
lagi-lagi di tempat yang nyaman ber aircond begini.
dora duduk selang 3 @ 4 kerusi dari gua.
lepastu masing-masing lelap.
tak ingat apedah.
------------------
"bro. bangunlah."
tetbe gua terbangun dengar suara dora kejut.
apesal?
ahh, kacau.
tapi mata gua dah bukak, tak boleh tutup dah.
lepastu gua borak blah blah blah dengan die.
suasana dalam bilik kuliah tu dah jadi macam panggung.
gelap+aircond+movie.
laptop di depan masih lagi memainkan cerita 3 Abdul.
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu"
gua dengar mereka sedang menyanyikan lagu hari jadi untuk Ismid Ulam Raja.
"Allah selamatkan....."
*Kreuk*
Bunyi pintu bilik kuliah dibuka.
"Woi kadet! kau buat ape dalam ni ha?"
"Korang dah nak masuk medan dah ni."
"Tak elok duduk kat tempat sejuk-sejuk macam ni."
"Aku kire sampai 5 je,semua dah berbaris dkat luar dengan topi nato tu."
Terjahan yang tidak disangka.
Tekejut.
Nasib baik gua dah bangun tido.
gua dengan skuad gua kelam kabut cari topi nato masing-masing.
Yang tido kat lantai belakang tu, serta-merta bangun.
dengan mata merah-merah mereka cari topi masing-masing.
gua cari topi nato gua.
ade label Medic.
kelam-kabut berbaris dekat luar.
ahhh, panas terik gua cakap sama lu.
Panas pukul 3 punya.
bertuah punya cerita 3 Abdul.
betul-betul lepas lagu Allah selamatkan kamu, Tuan masuk.
ade sorang skuad gua ni takde topi nato.
sebab dia tak ikut masuk medan nanti.
lepastu Tuan tanya la dia.
Tuan: "topi kau mana?"
Kadet: "saya tak ikut masuk medan tuan. sebab tu saya takde topi nato."
Tuan: " Kau nampak helmet dekat belakang tu, kau pakai helmet tu."
lepas je skuad gua yang sorang tu pakai helmet moto, gua punye perut rase nak pecah.
Gua tak tahan tengok.
Panggung kepala.
Pandang jalan tar ni.
tahan gelak.
mana tak nye.
semua pakai helmet hijau nato, die sorang pelik pakai helmet moto.
warna putih pulak tu.
Tuan panggil dia datang depan.
Lepastu buat demo rusuhan dekat depan.
sebab helmet die ade Visor.
Konon-konon die jadi FRU la.
Dia buat demo halang rusuhan dekat depan.
Siries mase tu perut gua nak meletup.
Gua kena tabah.
tak boleh gelak mahupun senyum.
sebab gua baris depan sekali.
betul-betul depan Tuan.
Kalau gua gelak, tak pasal-pasal gua yang kene tukar pakai helmet moto tu kang.
lepastu kami satu skuad berlari keliling markas tu dengan topi nato.
tak lupa jugak skuad gua yang pakai helmet moto tu.
tengah berlari, ade Cik tegur:
"tu apesal berlari pakai helmet moto?"
"takde topi nato cik!"  skuad gua jawab.
sakit perut gua tahan gelak mase berlari.
lepas berlari, kami berbaris depan Tuan.
"aku nak kau orang baring."
"pejam mata."
bayangkan, tadi gua sedap tido dalam air cond yang nyaman.
Siap tengok cerita 3 Abdul lagi
sekarang kami kena baring tengah panas.
dengan topi nato yang berat dan keras ni.
ade gaya tengah berjemur macam mat salleh selalu buat kat pantai tu.
Panas terik, bahang dekat muka gua.
dengan topi besi yang berat dan keras ni lagi.
&**^^%&%^$#@!@#@!!!!
"Korang ni dah nak masuk medan."
"Nanti nak masuk medan lagi la panas."
"Kau nak gali kubu lagi tngah-tengah panas tu nanti."
"takde tempat berteduh tau tak."
ahh terima ajelah apepun.
time-time ktorang berjemur, tetiba mndung sikit.
sebab matahari lalu disebalik awan.
"Woi! sape bomoh hujan kat sini?"
"Ape yang kau doa sampai mendung macam ni?"
Tuan tanya sebab lepas 5 minit berbaring, tetibe mendung sedikit.
Dalam hati masing-masing, syukur yang tak terucap.
sebab mendung.
walaupun tak sampai 2 minit mendung tu, tapi kami bersyukur.
Baring dalam keadaan senyum sebab mendung.
Cuaca menjadi panas terik kembali.
Matahari dah tak lalu lagi disebalik awan .
Lepastu Tuan suruh bangun.
Kami berlari beberapa pusingan lagi.
Lepas berlari, kami berbaris depan Tuan.
"Bro."
Puan panggil gua.
Gua pun kluar baris.
"Ye Puan."
"Kau pegi tengok meknor dalam surau tu. bagi dia air. Aku taknak dia masuk medan demam-demam."
Gua pun blah pegi tengok meknor dalam surau. 
Tinggal skuad gua yang masih lagi berbaris depan Tuan.



 
 

0 Response to "Allah Selamatkan....."

Post a Comment