Membuta


Suatu hari di bulan Julai 2012

2000H
gua siap-siap.
Pakai baju biru, seluar trek, tudung dan stokin.
lepastu gua landing atas katil.
"Dora kang nak gerak kejut aku."
2030H kena baris.
====================================
2025H
"Bro bangun."
Gua pun bangun.
Cari kasut kawad gua dengan alatan kilat kasut.
letak depan pintu.
In case kalau tetiba kena bawak kasut pegi baris kang.
"wei kena bawak kasut ke?"
budak-budak ni pelik tengok gua dah packing kasut kawad.
"tak, kalau tetiba dia suruh bawak kang, senang la."
Gua pakai kasut sukan.
Kat luar, budak-budak ni dah bising suruh baris.
"Eh, cepat. baris. baris."
Kedengaran Budu memekik suruh pegi baris.
Gua tengok jiran bilik sebelah kiri gua: Budu & Wana dah siap.
Apesal jiran bilik sebelah kanan ni senyap?
Gua bukak pintu, tengok Azi dengan komando tengah membuta.
Membuta lengkap dengan tudung + pakaian sukan.
Tinggal nak pakai kasut je.
"Woi cepat wei. dah nak lapan setengah."
Azi terjaga.
Dia bangun dari katil.
ok dia dah sedar.
Gua pun belah pegi baris.
========================================
2030H
"Kau dah cukup orang ke belum ni kadet?"
YO bertanya.
"Belum tuan!"
Masing-masing mengira.
"Wei buddy buddy. tengok la rumate sape yang takde."
Kedengaran satu suara di dalam baris memberi arahan.
Gua cari dora.
ahh, dora ada di hujung sana.
buddy gua ada.
"Kau ni nak suruh baris pun lembap la kadet! Press support position down! hah 20!"
puas ktorang fikir.
mana short nya lagi 2 orang ni.
"down!"
"SATU!"
"down"
"DUA!"
.
.
.
"down"
"DUA PULUH!"
 "eh cepatlah kira mana kawan kau lagi yang tak masuk baris ni!"
YO memberi arahan.
 "Skuad jump change! 30 yang terbaik"
YO memberi arahan.
dalam banyak-banyak eksesais, skuad jump ni gua paling tak gemar.
boleh kasi kaki cramp.
dah la kena buat 30 kali.
takpe. 
gua tabahkan hati.
tapi dalam hati gua...
"celaka betul la sapa yanglembap sangat masuk baris ni! ^&%^$$#%##!!!"
berbakul-bakul gua maki.
"PKW (Pegawai Kadet Wanita) semua cukup!"
zati bersuara di dalam baris dengan konfidennya.
ini semua mesti nak salahkan lelaki lambat turun baris.
hahhahaha.
"fg skuad kau dah cukup ke belum ni?"
YO bertanyakan kepada ketua kami.
 "dah tuan!"
fg buat ayat cover.
padahal short lagi 2 orang.
"dah aku nak korang balik bilik ambil kasut kawad masing-masing. aku bagi masa 5 minit je."
lalu semua kadet senior pada waktu itu lari bertempiaran balik ke bilik.
nasib baik gua dah letak kasut dekat luar siap-siap.
bila gua sampai je bilik, gua nampak bilik azi dgn komando terbuka.
gua pegi bilik mereka.
gua nampak mereka masih lagi membuta di atas kati.
"woi sial la! kau membuta lagi. orang dah kena press support dengan skud jump sebab korang la."
azi dan komando bangun dari tido dengan keadaan terpinga-pinga.
"dah-dah. cepat ambil kasut kawad, baris balik."
lalu kami berbaris semula bersama dengan kasut masing-masing.
dalam baris gua sempat lagi sound + gelak-gelak dengan komando.
"aku dah kejut korang tadi. azi dah bangun dah."
"tak aku tak dengar pun."
komando buat muka tak bersalah macam mintak penampar 30 kali.
kaki gua dah nak cramp buat skuad jump 30 kali tadi, dia boleh membuta.
"weh sial la. aku dah kejut. tak pasal-pasal kena press support dengan skuad jump tadi."
lepastu gua dengan komando gelak senyap-senyap dalam baris tu.
kitorang gelak sebab teringat macam mana kelam-kabut nya dorang bila bangun tido tadi.
bagun je tido, kena maki dengan gua pulak tu.
kahkahkah.
sampai sekarang tuan YO tak tau yang short dalam baris tu azi dengan komando.



0 Response to "Membuta"

Post a Comment